Hi stalker, Welcome to my official blog . Sorry for the error when updating a blog .Just sharing my story and enjoy it ♥

17 April 2012

# Kuasa ALLAH S.W.T


*Astafiwaallahalazimm. Tersentap aku baca benda nihhh. Mai mai pakat baca.


Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH. Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain. Kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep tersebut ke tempat yang disediakan.
Jawab pemuda itu : Saya tidak boleh memandu kapten kerana saya tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yang canggih tersebut.
Kapten tersebut berkata : Kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak.
Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH S.W.T ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut. Dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan Jeep tersebut ke tempat asal nya. Lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut. Pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan. Sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya.

Lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera-tentera yang lain. Pemuda tersebut berasa hairan. Lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kepada pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin.
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA.
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T.
Pemuda itu berkata : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud.